Wednesday, May 5, 2010

Tenaga

Definisi

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian sumber asli, yang menjadi asas penting dalam penghasilan tenaga. Selaras dengan matlamat Dasar Tenaga Negara untuk membekalkan Malaysia dengan tenaga yang mencukupi, terjamin dan murah, Kerajaan menggalakkan penglibatan pelbagai sektor dalam industri ini.

Bekalan Tenaga


Malaysia kaya dengan sumber tenaga konvensional (tidak boleh diperbaharui) dan bukan konvensional. Sumber tenaga konvensional terbesar yang boleh didapati di negara ini adalah petroleum. Usaha berterusan sedang giat dijalankan bagi mempelbagaikan sumber tenaga, terutamanya meneroka potensi penghasilan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui.
Petroleum

Sumber petroleum terbahagi kepada minyak dan gas. Aspek penyeliaan dan pengurusan sumber ini terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dan anak syarikat milik kerajaan iaitu Petroliam Nasional Berhad.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
• Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
• Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
Di Malaysia terdapat pelbagai sumber tenaga alternatif dari bahan yang diperbaharui (renewable resources) seperti bahan sisa hutan, biojisim kelapa sawit, tenaga suria, tenaga hidro dan barang buangan. Sumber-sumber tersebut berpotensi untuk digembleng bagi menjana tenaga serta mampu mengatasi pencemaran alam sekitar.

Bekalan Elektrik


Pembekalan tenaga elektrik didominasi oleh tiga syarikat utiliti yang utama iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk Semenanjung Malaysia, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Electricity Supply Corp. (SESCo), manakala sebahagian daripadanya turut diuruskan oleh beberapa penjanakuasa elektrik persendirian (IPPs) dan penjana bersama.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
• Tenaga Nasional Berhad (TNB)
• Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)
• Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCo)
• Northern Utility Resources (NUR)
• Statistik industri bekalan elektrik di Malaysia


Perundangan


Aspek perundangan melibatkan kementerian dan beberapa agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam penggubalan dasar, pentadbiran dan penguatkuasaan akta serta penyediaan garispanduan berkaitan industri tenaga. Antara agensi kerajaan yang berperanan penting dalam penggubalan dasar industri tenaga terdiri daripada Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi, Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
• Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi
• Penswastaan industri bekalan elektrik
• Pelesenan (keselamatan) dan penentuan harga produk petroleum
• Nilai pengusahasilan sumber bahan bakar
• Nilai pengusahasilan sumber bahan bakar domestik
Akta / enakmen / ordinan, Peraturan dan Penguatkuasaan
Pelaksanaan dasar dan akta dipertanggungjawabkan kepada beberapa agensi dan suruhanjaya yang berkaitan bagi memastikan penguatkuasaan yang dijalankan meliputi aspek pengurusan, pentadbiran, keselamatan, kepenggunaan dan sebagainya.

Elektrik

Berikut merupakan akta-akta berkaitan sumber tenaga elektrik yang dilaksanakan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Tenaga.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
  • •Aspek keselamatan teknikal elektrik dan rangkaian (reticulation) gas di Malaysia kecuali Sarawak
  • Tersenarai di bawah terdiri daripada akta-akta berkaitan sumber petroleum yang terletak di bawah bidang kuasa agensi-agensi kerajaan.
  • Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
  • Keselamatan gas (peringkat rangkaian) dan minyak (up stream dan down stream)

Garis Panduan


Garis panduan berikut melibatkan beberapa tatacara pengendalian dan permohonan yang ditetapkan oleh agensi kerajaan dalam industri tenaga.
Penyelidikan dan Pembangunan
Kepentingan penubuhan institusi penyelidikan dan pembangunan bagi industri tenaga bertujuan untuk memenuhi keperluan penyelidik tempatan serta mempromosikan aktiviti penyelidikan sama ada berkaitan teknologi, penemuan sumber asli, pembaharuan tenaga, dan sebagainya.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
• Pusat Tenaga Malaysia
• Institut Standard & Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
• Centre for Education, Training and Research In Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE)
• Program Pembangunan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu
• Institut Penyelidikan Nuklear Malaysia

Pembiayaan

Terdapat beberapa agensi kerajaan dan institusi kewangan tempatan yang menawarkan khidmat pembiayaan untuk menampung perbelanjaan projek dan program berkaitan sektor tenaga.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
• Insentif Taraf Perintis (ITA) bagi tenaga yang diperbaharui
Pada masa ini, galakan cukai untuk menggalakkan penjimatan tenaga adalah seperti berikut:

Syarikat yang Memberi Perkhidmatan Penjimatan Tenaga:
Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 70% ke atas pendapatan statutori selama 5 tahun atau Elaun Cukai Pelaburan 60% daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun dengan jumlah elaun yang dikurangkan bagi suatu tahun taksiran dihadkan kepada 70% daripada pendapatan statutori dan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan yang digunakan untuk projek berkenaan jika tidak dikeluarkan dalam negara.
Peralatan yang dibeli daripada pengeluar tempatan diberi pengecualian cukai jualan. Galakan ini adalah bagi permohonan yang diterima mulai 28 Oktober 2000 hingga 31 Disember 2002. Syarikat dikehendaki melaksanakan projek berkenaan dalam tempoh selewat-lewatnya satu tahun daripada tarikh galakan diluluskan. Syarikat yang membuat perbelanjaan modal bagi tujuan penjimatan tenaga untuk kegunaan sendiri.
Elaun Modal Dipercepatkan ke atas peralatan penjimatan tenaga dihapus kira dalam tempoh 3 tahun; dan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan yang digunakan untuk projek berkenaan jika tidak dikeluarkan dalam negara.
Peralatan yang dibeli daripada pengeluar tempatan diberi pengecualian cukai jualan.Elaun Modal Dipercepatkan Bagi Peralatan Untuk Mengawal Kualiti Bekalan Elektrik. Pada masa ini, peralatan yang digunakan oleh syarikat untuk mengawal kualiti bekalan elektrik layak diberi elaun modal iaitu elaun permulaan sebanyak 20% dan elaun tahunan di antara 10% dan 20%. Dengan itu, tempoh tuntutan elaun-elaun modal adalah di antara 4 dan 8 tahun. Gangguan bekalan elektrik disebabkan voltan yang menjunam atau meningkat dengan pantas (power dips dan surges) menjejas perniagaan syarikat.
Galakan Bagi Penggunaan Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui
Pada masa ini, syarikat yang mengeluarkan tenaga dengan menggunakan biomass sebagai sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) diberi galakan cukai berikut.
• Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 70% ke atas pendapatan statutori selama 5 tahun atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun dengan jumlah elaun yang dikurangkan bagi suatu tahun taksiran dihadkan kepada 70% daripada pendapatan statutori; dan
• Memperluaskan Skop Galakan Pengeluaran Tenaga Daripada Sumber Yang Boleh Diperbaharui
Pada masa ini, syarikat yang menjual tenaga yang dijana daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan mesra alam seperti biomass, kuasa hidro dan kuasa suria diberi galakan seperti berikut:
Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 70% ke atas pendapatan statutori selama 5 tahun; atau
1. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun. Elaun yang dikurangkan bagi setiap tahun taksiran dihadkan kepada 70% daripada pendapatan statutori. Walau bagaimanapun, syarikat yang menjana tenaga tersebut untuk kegunaan sendiri tidak layak mendapat galakan cukai ini.
2. Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan yang digunakan untuk projek berkenaan jika tidak dikeluarkan dalam negara. Peralatan yang dibeli daripada pengeluar tempatan diberi pengecualian cukai jualan.

Galakan ini adalah bagi permohonan yang diterima mulai 28 Okt 2000 hingga 31 Dis 2002. Syarikat dikehendaki melaksanakan projek berkenaan dalam tempoh selewat-lewatnya satu tahun daripada tarikh galakan diluluskan.

Pelesenan dan Permit
Terdapat beberapa tatacara yang perlu dipatuhi dalam memohon sesuatu perkhidmatan atau pelesenan dalam industri tenaga.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
  • Kebenaran di Bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Kebenaran PDA)
  • Keselamatan industri petroleum
  • Pelesenan bagi aktiviti pemprosesan petroleum
  • Permohonan subsidi diesel
  • Borang pendaftaran sebagai kontraktor dan pembekal Petronas
  • Borang permohonan menjadi wakil penjual stesen Petronas atau MyMesra

No comments:

Post a Comment