Tuesday, May 4, 2010

Pencairan Ais akibat peningkatan suhu dunia.

Albedo ais

albedo ais

Dengan albedo yang melebihi 80%, teren yang diselimuti ais memantulkan kebanyakan penerimaan radiasi solar ke angkasa,menyejukkan atmosfera bawah. Apabila salji mencair, albedo menurun sehigga kurang daripada 30 peratus, ini membenarkan tanah menyerap lebih banyak radiasi
solar, memanaskan permukaan bumi dan atmosfera bawah.

Black and White: Soot on Ice

black n white

Gas rumah hijau dan jerebu akan meningkatkan kadar pencairan di lautan ais. Apabila jerebu menghampiri kutub, ia akan menyerap ke dalam ais, membentuk permukaan yang lebih gelap, ini akan menyerap lebih banyak haba berbanding ais yang bersih. Apabila ais di kutub mencair, kurang cahaya matahari dipantulkan ke angkasa. Selain itu, lautan akan menyerap haba dan memanas, menambahkan tenaga untuk pencairan.

Kepingan Ais Larsen B

larsenB

Pada tahun 2002, sebuah seksyen gergasi Kepingan Ais Larsen B di Semenanjung Antartik runtuh dan tenggelam ke dalam lautan. Ia berlaku dalam jangkan masa 25 hari, melibatkan 1,255 batu persegi- satu kawasan di mana lebih besar daripada Pulau Rhode. Dirakam daripada angkasa menggunakan pelbagai peralatan pengorbitan, gambar tersebut mengilustrasikan perubahan dramatik yang berlaku akibat perubahan iklim.

Pencairan Glasier Iceland

pencairan glaasier ais iceland

Glasier Breidamerkurjokull di Iceland seperti yang ditunjukkan dalam imej Landsat, mengalami pengurangan sejak 1973. Ini dijangka oleh ahli glasiologis bahawa glasier ini berkurang lebih cepat dalam tahun lewat 1990-an berbanding dalam lewat 1980-an atau 1970-an. Setelah dianalisis dengan teliti oleh ahli glasiologis NASA, Dorothy Hall, meyimpulkan bahawa pengurangan yang berlaku sejak 1997 hingga 2000 adalah pada kadar yang sama antara tahun 1973 dan 2000.

Sejuk dan Panas

panas dan sejuk

Berdasarkan data daripada tahun 1983-2003, pola pemanasan permukaan di artik adalah 8 kali lebih tinggi berbanding pola yang berlaku pada 100 tahun yang lalu. Musim pencairan lautan ais meningkat daripada 10 kepada 17 hari per dekad. Walau pun purata suhu meningkat di artik, terdapat beberapa tempat yang menjadi lebih sejuk.

Ais: Thermostat Planet

termostat planet

Animasi ini bermula dengan pemandangan Greenland seperti di masa 100,000 tahun lampau. Seperti mana iklim mula berubah, glasier di sekeliling hujung Greenland mula mencair, menambah berbillion gelen air tawar ke dalam lautan. Wap air dari lautan bergerak ke daratan dan apabila menyejuk ,ia turun membentuk salji, menebalkan kepingan ais di bahagian tengah jasad bumi.

gambarajah artik

perubahan ais di artik & antartika

Artik

Pengenalan

  • Artik adalah benua paling selatan iaitu terletak di utara Bulatan Artik 66°,30N latitude.Benua ini mengandungi Lautan Artik,Greenland, Pulau Baffin,pulau-pulau kecil Utara,dan termasuklah bahagian utaran Eropah,Russia(Siberia),Alaska dan Kanada.
  • Pada pertengahan musim sejuk, matahari tidak terbit dan suhu turun sehingga -50°F. Manakala pada musim panas kawasan lebih selatan menerima cahaya matahari 24 jam sehari dan keadaan ini telah menyebabkan ais dan bahagian tanah atas mencair. Ini mengakibatkan wujudnya pecahan bongkah ais yang hanyut dari utara yang lebih sejuk ke selatan.

Penipisan Ais

gambarajah tren suhu
Gambarajah 1.1 :Tren perubahan suhu Artik antara tahun1966-1995

  • Berdasarkan data klimaks yang menunjukkan suhu pada musim sejuk, didapati kebelakangan ini suhu artik telah meningkat dengan mendadak dalam tempoh masa yang singkat.
  • Sebagai contoh suhu sebahagian Alaska dan utara Eropah telah meningkat 11°F pada musim sejuk dalam jangka masa 30 tahun. Ini berbeza dengan data yang dikaji berdasarkan teras ais ,teras tasik dan pollen pokok (penunjuk suhu kuno) dari empat abad yang lepas yang menunjukkan peningkatan suhu secara tabie adalah secara perlahan.
  • Gambarajah 1.1 menunjukkan tren perubahan suhu dari tahun 1966-1995. Dalam tempoh 30 tahun ini suhu purata musim sejuk di tengah Siberia meningkat sebanyak 4°C.
  • Berdasarkan analisis terbaru oleh ahli geofizik Terry Tucker dari Cold Region Research and Engineering Lab,Hanover,New Hampshire,didapati isipadu ais di Artik telah berkurangan secara mendadak menjelang dekad ini. Perkara ini bertepatan dengan kajian yang pertama kali yang dijalankan oleh Dr. D. Andrew Rothrock dari University Washington.
  • Sehubungan dengan itu satu laporan bertajuk “Thinning
    Of the Artic Sea-Ice Cover” telah diterbitkan pada 1 Disember 1999 untuk membincangkan tentang penipisan ais di Artik.

Melalui program (SCIEX) Scientific Ice Expeditions, data dikumpul menggunakan kapal selam nuclear. Ekspedisi ini menganalisis data dari tiga ‘autumn cruises’:USS Pargo (1993), USS Pogy (1996) dan USS Archerifish(1997).Fokus utama ekspedisi ini adalah untuk melihat perubahan yang berlaku terhadap ais.

  • Pada sekitar tahun 1990, air laut yang lebih panas dari Atlantik telah merebak/mengalir ke laut di atas permatang gunung lautan dan seterusnya menolak kembali air lautan Pasifik yang lebih sejuk. Ini mengakibatkan sempadan antara lautan Atlantik dan Pasifik berganjak dan seterusnya menaikkan suhu lautan Artik (1000 kaki di bawah permukaan) sebanyak 1-2 Fahrenheit. Walaupun kenaikan ini begitu kecil, ia tetap mempengaruhi penipisan ais dan mencairkan permafrost di Alaska.
  • Selain dipengaruhi oleh pemanasan global, ais di kutub juga beperanan dalam mempengaruhi perubahan suhu dunia. Perubahan arus lautan dan pergerakan ngina boleh mngakibatkan perubahan iklim sedunia. Selain itu, Greenland atau Iceland (bahagian Lautan Atlantik Utara) penting dalam kitaran laut sedunia. Di sini air laut yang lebih panas dari kawasan tropika disejukkan dan cukup tumpat untuk tenggelam. Ini mengekalkan kitaran perjalanan haba air lautan dari kawasan tropika. Pencairan ais mengurangkan ketumpatan air dibahagian atas dan ini akan memperlahankan kitaran haba air laut yang akan menyebabkan Lautan Atlantik Utara menjadi lebih sejuk.
  • Berdasarkan draft purata yang dibuat, ketebalan ais lautan (ketebalan dari pemukaan laut ke permukaan ais) telah menurun sebanyak 4.3 kaki iaitu 40% sejak pengukuran kali pertama pada tahun 1958. Pada tahun antara 1958-1976 ketebalan ais adalah 10 kaki dan kini hanya 5.5 kaki sahaja.

Analisis terbaru menunjukkan penipisan secara menyeluruh bermula dari Tengah Lautan Artik.Didapati kadar penipisan paling tinggi adalah di kawasan Timur Artik.Berdasarkan data SCIEX yang dikumpul oleh National Science Foundation (office of Naval Research) dan NASA ais ini bukan hanya menipis pada tahun 90’an sahaja,tetapi ia sedang berterusan sehingga kini dengan kadar penipisan sebanyak 4 inchi (0.1 m)/tahun.

  • Kehilangan jisim ais yang banyak memberi kesan yang dramatic kepada perubahan iklim sedunia. Salji dan ais menyejukkan bumi dengan memantulkan tenaga sehingga 80% dari matahari terus ke angkasa.
  • Berdasarkan kajian yang dibuat oleh UNEP(United Nation Environment Program) mereka mendakwa ais di kutub (Artik) akan menipis sehingga 60% jika peratus karbon dioksida ( CO2) di atmosfera meningkat dua kali ganda dari sekarang. Hal ini dijangka akan berlaku menjelang tahun 2050 sekiranya tiada sebarang tindakan atau langkah-langkah yang diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mengcegahnya daripada berterusan.
  • Di Alaska,Barat Kanada dan Timur Rusia suhu purata musim sejuk meningkat sebanyak 4 – 7°F (3 – 4°C) dalam tempoh lima puluh tahun sebelum ini,dan angka ini dijangka akan terus meningkat sehigga 7 – 13°F (4 – 7°C) menjelang 100 tahun yang seterusnya.
  • Menjelang penghujung abad ini dijangka bahawa ais di lautan Artic akan berkurang sebanyak 50% menjelang musim panas.Isipadu ais di Greenland apabila mencair boleh meningkatkan aras air laut sedunia setinggi tujuh meter.Ais yang terdapat di Alaska mencair dua kali ganda lebih pantas dalam sepuluh tahun ini. Hal ini menyebabkan peningkatan aras air laut global sebanyak 9%.
  • Di Greenland kepingan ais berhampiran dengan lautan Artik menipis satu meter setiap tahun.

Antartika

image antartika

antartika

Pengenalan

  • Antartika terletak di selatan Australia iaitu pada garis lintang 60°S. Benua ini mengandungi 7 juta kubik batu persegi ais yang mewakili 90% ais di bumi. Ketebalan purata aisnya ialah 2164m dengan yang paling tebal 4785m.

  • Antartika adalah seluas saiz Amerika Syarikat dan Mexico apabila digabungkan. Ia mewakili 70% daripada air tawar dunia. Jika bahagian baratnya cair, aras laut dunia boleh meningkat setinggi 15-20 kaki. Manakala aras laut akan meningkat 200 kaki jika bahagian timurnya cair.

Pencairan Ais Di Antartika

gambar antartika cair
Gambarajah Antartika

  • Melalui pemerhatian oleh beberapa orang saintis, didapati bongkah ais mega terbentuk dari Larsen ‘ice shelf’ di semenanjung Antartika dan berlaku pencairan ais pada skala besar di bahagian utara ‘ice shelf’. Berdasarkan laporan oleh British Antartic Survey(BAS), suhu di semenanjung Antartika meningkat 0.5°C setiap dekad sejak 1947.

  • Bukti-bukti penipisan ais ini boleh didapati di sebahagian tasik-tasik di Antartik. Tasik-tasik ini sangat sensitif dan sesuai menjadi petunjuk perubahan suhu jangka pendek. Ahli sains New Zealand melaporkan paras air Tasik Vanda di Lembah Wright meningkat 1 meter setiap tahun. Peningkatan ini berkaitan dengan pencairan ais yang masuk ke dalam tasik melalui sungai Onyx yang mana isipadu telah meningkat lebih dua kali ganda sejak dekad yang lepas. Kajian lain ke atas 6 tasik lain di Antartika menunjukkan ais di permukaannya menipis hingga 40% sejak sedekad yang lalu.

  • Selain itu, berdasarkan pengukuran yang dibuat di laut antara 1973 dan 1988 menunjukkan pengurangan luas unjuran ais di laut semasa musim sejuk sehingga 33 km . Saintis BAS di stesen Faraday, Pulau Galindez melaporkan ais setebal 1m lenyap di antara 1973-1988.

  • Pada tahun 1986, 11 000 km2 kepingan ais Larsen dan 11 500 km2 kepingan ais Filcher pecah dan hanyut ke dalam laut Weddell. Pada masa yang sama lebih kurang 1000km2 bongkah ais Theraites pecah. Jumlah ais yang hilang ini 4 kali lebih banyak daripada salji yang terkumpul setahun.

  • Pada tahun 1991, BAS telah mengeluarkan imej satelit yang menunjukkan perpecahan yang cepat di kepingan ais Wordie dan mereka telah mencadangkan bahawa suhu yang tinggi di semenanjung Antartik sebagai puncanya. Lebih dari 1300 km2 kepingan ais Wordie hilang sejak 1966.

  • Kepingan-kepingan ais di sepanjang pantai semenanjung Antartika ini sangat sensitif terhadap perubahan suhu walaupun perubahan yang berlaku kecil. Bukti lain yang menunjukkan perpecahan kepingan ais telah dikeluarkan seawal 1992, melalui imej yang diambil dalam tempoh beberapa tahun BAS melaporkan berlaku pengurangan timbunan salji di Pulau Stonington ; sementara perbandingan imej satelit di pesisir pantai Antartika menunjukkan perubahan yang amat jelas dalam isipadu ais di kawasan pesisir pantai tersebut.

  • Pada awal 1993, BAS menyatakan pertambahan dalam pembentukan bongkah ais,tetapi menyatakan bahawa terdapat bukti yang tidak tepat menghubungkannya dengan pemanasan global. Pertambahan bongkah ais telah dipastikan kemudian pada 1993 daripada data yang dikumpul oleh kapal yang merentasi lautan selatan dan juga dikumpul oleh Norwegian Polar Research Institute. Walaupun demikian ketepatan kajian itu telah dipersoalkan. Institut ini mencadangkan bahawa perpecahan kepingan ais ini berlaku lebih pantas daripada yang dijangkakan.

  • Pada Februari 1995, sebuah bongkah ais gergasi bersaiz Luxembourg (2600km persegi dan sepanjang 77km)terpecah dari Semenanjung Antartik; kajian berterusan mendedahkan ais yang menghubungkan tanah besar dengan pulau James Ross telah hilang- bahagian utara Larsen Ice Shelf. Menurut aBAS ini memberikan bukti yang lebih kukuh tentang pemecahan bongkah ais akibat peningkatan suhu.Glaciologist, Dr David Vaughan menyatakan "There is no doubt that the climate on the Antarctic Peninsula has warmed significantly over the past few decades. What we are seeing now are changes only just working through to glaciers and ice sheets.


1 comment: