Wednesday, May 5, 2010

Tenaga

Definisi

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian sumber asli, yang menjadi asas penting dalam penghasilan tenaga. Selaras dengan matlamat Dasar Tenaga Negara untuk membekalkan Malaysia dengan tenaga yang mencukupi, terjamin dan murah, Kerajaan menggalakkan penglibatan pelbagai sektor dalam industri ini.

Bekalan Tenaga


Malaysia kaya dengan sumber tenaga konvensional (tidak boleh diperbaharui) dan bukan konvensional. Sumber tenaga konvensional terbesar yang boleh didapati di negara ini adalah petroleum. Usaha berterusan sedang giat dijalankan bagi mempelbagaikan sumber tenaga, terutamanya meneroka potensi penghasilan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui.
Petroleum

Sumber petroleum terbahagi kepada minyak dan gas. Aspek penyeliaan dan pengurusan sumber ini terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dan anak syarikat milik kerajaan iaitu Petroliam Nasional Berhad.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
• Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
• Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
Di Malaysia terdapat pelbagai sumber tenaga alternatif dari bahan yang diperbaharui (renewable resources) seperti bahan sisa hutan, biojisim kelapa sawit, tenaga suria, tenaga hidro dan barang buangan. Sumber-sumber tersebut berpotensi untuk digembleng bagi menjana tenaga serta mampu mengatasi pencemaran alam sekitar.

Bekalan Elektrik


Pembekalan tenaga elektrik didominasi oleh tiga syarikat utiliti yang utama iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk Semenanjung Malaysia, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Electricity Supply Corp. (SESCo), manakala sebahagian daripadanya turut diuruskan oleh beberapa penjanakuasa elektrik persendirian (IPPs) dan penjana bersama.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
• Tenaga Nasional Berhad (TNB)
• Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)
• Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCo)
• Northern Utility Resources (NUR)
• Statistik industri bekalan elektrik di Malaysia


Perundangan


Aspek perundangan melibatkan kementerian dan beberapa agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam penggubalan dasar, pentadbiran dan penguatkuasaan akta serta penyediaan garispanduan berkaitan industri tenaga. Antara agensi kerajaan yang berperanan penting dalam penggubalan dasar industri tenaga terdiri daripada Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi, Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
• Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi
• Penswastaan industri bekalan elektrik
• Pelesenan (keselamatan) dan penentuan harga produk petroleum
• Nilai pengusahasilan sumber bahan bakar
• Nilai pengusahasilan sumber bahan bakar domestik
Akta / enakmen / ordinan, Peraturan dan Penguatkuasaan
Pelaksanaan dasar dan akta dipertanggungjawabkan kepada beberapa agensi dan suruhanjaya yang berkaitan bagi memastikan penguatkuasaan yang dijalankan meliputi aspek pengurusan, pentadbiran, keselamatan, kepenggunaan dan sebagainya.

Elektrik

Berikut merupakan akta-akta berkaitan sumber tenaga elektrik yang dilaksanakan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Tenaga.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
  • •Aspek keselamatan teknikal elektrik dan rangkaian (reticulation) gas di Malaysia kecuali Sarawak
  • Tersenarai di bawah terdiri daripada akta-akta berkaitan sumber petroleum yang terletak di bawah bidang kuasa agensi-agensi kerajaan.
  • Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
  • Keselamatan gas (peringkat rangkaian) dan minyak (up stream dan down stream)

Garis Panduan


Garis panduan berikut melibatkan beberapa tatacara pengendalian dan permohonan yang ditetapkan oleh agensi kerajaan dalam industri tenaga.
Penyelidikan dan Pembangunan
Kepentingan penubuhan institusi penyelidikan dan pembangunan bagi industri tenaga bertujuan untuk memenuhi keperluan penyelidik tempatan serta mempromosikan aktiviti penyelidikan sama ada berkaitan teknologi, penemuan sumber asli, pembaharuan tenaga, dan sebagainya.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
• Pusat Tenaga Malaysia
• Institut Standard & Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
• Centre for Education, Training and Research In Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE)
• Program Pembangunan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu
• Institut Penyelidikan Nuklear Malaysia

Pembiayaan

Terdapat beberapa agensi kerajaan dan institusi kewangan tempatan yang menawarkan khidmat pembiayaan untuk menampung perbelanjaan projek dan program berkaitan sektor tenaga.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
• Insentif Taraf Perintis (ITA) bagi tenaga yang diperbaharui
Pada masa ini, galakan cukai untuk menggalakkan penjimatan tenaga adalah seperti berikut:

Syarikat yang Memberi Perkhidmatan Penjimatan Tenaga:
Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 70% ke atas pendapatan statutori selama 5 tahun atau Elaun Cukai Pelaburan 60% daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun dengan jumlah elaun yang dikurangkan bagi suatu tahun taksiran dihadkan kepada 70% daripada pendapatan statutori dan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan yang digunakan untuk projek berkenaan jika tidak dikeluarkan dalam negara.
Peralatan yang dibeli daripada pengeluar tempatan diberi pengecualian cukai jualan. Galakan ini adalah bagi permohonan yang diterima mulai 28 Oktober 2000 hingga 31 Disember 2002. Syarikat dikehendaki melaksanakan projek berkenaan dalam tempoh selewat-lewatnya satu tahun daripada tarikh galakan diluluskan. Syarikat yang membuat perbelanjaan modal bagi tujuan penjimatan tenaga untuk kegunaan sendiri.
Elaun Modal Dipercepatkan ke atas peralatan penjimatan tenaga dihapus kira dalam tempoh 3 tahun; dan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan yang digunakan untuk projek berkenaan jika tidak dikeluarkan dalam negara.
Peralatan yang dibeli daripada pengeluar tempatan diberi pengecualian cukai jualan.Elaun Modal Dipercepatkan Bagi Peralatan Untuk Mengawal Kualiti Bekalan Elektrik. Pada masa ini, peralatan yang digunakan oleh syarikat untuk mengawal kualiti bekalan elektrik layak diberi elaun modal iaitu elaun permulaan sebanyak 20% dan elaun tahunan di antara 10% dan 20%. Dengan itu, tempoh tuntutan elaun-elaun modal adalah di antara 4 dan 8 tahun. Gangguan bekalan elektrik disebabkan voltan yang menjunam atau meningkat dengan pantas (power dips dan surges) menjejas perniagaan syarikat.
Galakan Bagi Penggunaan Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui
Pada masa ini, syarikat yang mengeluarkan tenaga dengan menggunakan biomass sebagai sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) diberi galakan cukai berikut.
• Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 70% ke atas pendapatan statutori selama 5 tahun atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun dengan jumlah elaun yang dikurangkan bagi suatu tahun taksiran dihadkan kepada 70% daripada pendapatan statutori; dan
• Memperluaskan Skop Galakan Pengeluaran Tenaga Daripada Sumber Yang Boleh Diperbaharui
Pada masa ini, syarikat yang menjual tenaga yang dijana daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan mesra alam seperti biomass, kuasa hidro dan kuasa suria diberi galakan seperti berikut:
Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 70% ke atas pendapatan statutori selama 5 tahun; atau
1. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun. Elaun yang dikurangkan bagi setiap tahun taksiran dihadkan kepada 70% daripada pendapatan statutori. Walau bagaimanapun, syarikat yang menjana tenaga tersebut untuk kegunaan sendiri tidak layak mendapat galakan cukai ini.
2. Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan yang digunakan untuk projek berkenaan jika tidak dikeluarkan dalam negara. Peralatan yang dibeli daripada pengeluar tempatan diberi pengecualian cukai jualan.

Galakan ini adalah bagi permohonan yang diterima mulai 28 Okt 2000 hingga 31 Dis 2002. Syarikat dikehendaki melaksanakan projek berkenaan dalam tempoh selewat-lewatnya satu tahun daripada tarikh galakan diluluskan.

Pelesenan dan Permit
Terdapat beberapa tatacara yang perlu dipatuhi dalam memohon sesuatu perkhidmatan atau pelesenan dalam industri tenaga.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
  • Kebenaran di Bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Kebenaran PDA)
  • Keselamatan industri petroleum
  • Pelesenan bagi aktiviti pemprosesan petroleum
  • Permohonan subsidi diesel
  • Borang pendaftaran sebagai kontraktor dan pembekal Petronas
  • Borang permohonan menjadi wakil penjual stesen Petronas atau MyMesra

Tuesday, May 4, 2010

Jenis Pencemaran Alam, Impak dan Langkah Mengatasi


Jenis-jenis pencemaran


Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu :
i) Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi
ii) Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .


Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia ...

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah:


a. Pencemaran Udara
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .


b . Pencemaran Air
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .


c . Pencemaran Tanah
Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .


Kesan-kesan Pencemaran:



  1. Kesihatan Manusia- Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi .
    Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .
    Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .

  2. Mengancam tumbuhan dan binatang-
    Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .
    Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut .
    Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati .
    Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur .

  3. Kerosakan Harta Benda-
    Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .

LANGKAH-LANGKAH BERSEPADU PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR


Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia . Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat .
Pencemaran yang melibatkan beberapa negara seperti pencemaran perairan pantai dan pencemaran udara yang disebabkan oleh jerebu memerlukan penglibatan yang aktif dari negara-negara yang terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama .

a)Pencemaran Laut
Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia )
Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . (Persatuan Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)
Langkah dan kerjasama yang diambil oleh negara-negara berpantai di rantau Asia Tenggara .
Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand . Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam kerjasama yang bertujuan untuk mencapai kepentingan bersama . Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara . Walaupun isu Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak pernah menghalang negara-negara berpantai untuk prihatin terhadapnya .
Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negara-negara yang berpantai untuk mengambil satu tindakan yang positif terhadap kejadian tersebut . Di dalam tahun tersebut kapal tangki minyak Jepun yang dikenali sebagai Torry Canyon yang telah didaftarkan di Liberia telah terlibat dalam perlanggaran . Akibatnya berlaku pertumpahan minyak yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya . Jumlah kos yang diperlukan pada ketika itu ialah 16 juta dollar .
Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN mereka telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak ynag tertumpah di perairan Malaysia .
Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura turut mewujudkan beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini . Kesemua badan-badan yang ditubuhkan ini terletak di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau dikenali sebagai Port of Singapore (PSA) . Syarikat-syarikat minyak juga prihatin dengan isu ini . Mereka telah bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability (TARC) . Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat Minyak ESSO, Caltex dan Mobile . Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang canggih dan terkini yang dapat digunakan dalam kerja-kerja pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak .
Pada tahun 1992, singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan khas untuk mengatasimasalah tumpahan minyak . East Asia Response Limited (EARL) akhirnya telah terbentuk dan ia dianggotai oleh lima syarikat minyak terkemuka . Syarikat-syarikat itu ialah ESSO, Petronas, Caltex, Mobile dan Shell . Pertubuhan ini berbeza dari pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di kawasan perairan Malaysia dan Singapura sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan Australia .
Apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain . Tumpahan minyak akan cepat merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus air yang deras . Terdapat empat cara yang digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu :
-Cara mengepung dan mengumpul tumpahan
-Menggunakan dispersent dan bahan kimia
-Pembersihan pantai

Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil dalam mengawal tumpahan minyak daripada merebak . Antaranya ialah :
-Lokasi tumpahan
-Kuantiti tumpahan
-Jenis tumpahan
-Keadaan laut
-Keupayaan tindakbalas bahan yang tertumpah
Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat tempatan, peringkat kawasan dan peringkat wilayah .
Operasi peringkat wilayah berjalan apabila tumpahan minyak yang berlaku adalah yang terbesar, melibatkan kawasan yang luas dan jumlah tumpahan yang banyak. Ia dilakukan apabila jumlah peralatan, tenaga dan sumber dari negara ini tidak mencukupi dan melibatkan bantuan daripada negara lain . Di antara alternatif daripada kerjasama peringkat wilayah ini ialah :
-Rancangan Kontigen Lombok - Makasar
-Standard Operating Prosedure for Straits of Malacca and the Straits of Singapore
-Standard Operating Prosedure for Malaysia and Brunei Darussalam
-ASEAN - Oil Spill Response Action Plan (ASEAN - OSRAP)



Seterusnya terdapat juga objektif bagi mewujudkan kawalan tumpahan minyak. Antara objektifnya ialah :
-Untuk mengadakan satu sistem tindak balas serta-merta yang diselaraskan bagi menghadapi tumpahan minyak.
-Untuk meningkatkan kemampuan dan sumber-sumber yang ada dari segi peralatan serta latihan kakitangan bagi menghadapi kejadian tumpahan minyak.
-Untuk mengelakkan kesan buruk ke atas persekitaran dengan cara mengawal aliran minyak.



Terdapat juga langkah-langkah lain yang dilakukan untuk mengurangkan dan mengelak berlakunya kemalangan kapal di Selat Melaka dan Selat Singapura. Negara-negara berpantai merasakan amat perlu bagi mereka untuk mengawal keselamatan lalu lintas di kedua-dua selat tersebut. Oleh itu, mereka telah menyarankan agar Trafic Separation Scheme (TSS) atau Skim Lalu Lintas diwujudkan memandangkan di Eropah telah lama menggunakan kaedah ini iaitu sejak pertengahan abad ke-19. Perlaksanaan TSS adalah didorong oleh kejayaan skim yang serupa di Eropah. Cadangan untuk mengadakan skim ini di Eropah bermula pada tahun 1857 iaitu di England. Cadangan ini dibuat ekoran dari tragedi perlanggaran kapal milik Amerika dan Perancis yang mengorbankan seramai 3000 orang.
Beberapa saranan juga telah dibuat bagi menjaga supaya pencemaran tidak berlaku secara berleluasa. Antaranya ialah :
-Masalah pencemaran Selat Melaka harus dikaji dengan lebih mendalam dan tindakan yang bersesuaian harus segera diambil.
-Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemar laut dan pantai.
-Majlis peringkat tertinggi dianggotai oleh kalangan negara-negara berpantai yang berkongsi perairan Selat Melaka harus ditubuhkan untuk meneliti perkara ini dan mencari jalan penyelesaiannya.
-semua pengguna Selat Melaka diwajibkan membayar levi atau tol.


Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan pertubuhan diharapkan masalah pencemaran akan dapat dikurangkan bagi memelihara perairan negara kita. Di Malaysia berbagai pihak terbabit dalam penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan PDRM yang diperwakilkan kuasa menyiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguatkan akta tersebut dengan dibantu oleh agensi-agensi maritim yang lain.



b) Pencemaran Udara
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa perubahan dan kebaikkan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90%-95% kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa. Walaubagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya kebaikan dan keburukan.
Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui jumlah peratusannya.
Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motorsikal dan bas merupakan punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang dibuat di Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api, menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia, berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang kali juga lebih tinggi daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.



Langkah Penyelesaian
Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi perhatian serius oleh negara-negara maju. Di Amerika misalnya, satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.
Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni kota.
Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang mengandungi kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbum dan boleh mengurangkan sehingga 90% pengeluaran Karbon Monoksida dan Hidrokarbon . Kecekapan enjin juga meningkat daripada 6% kepada 15% apabila menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan pembakar.
Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah pun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembanguna berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.
Di negara-negara barat, penggunaan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik juga sedang dikaji secara giat. Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran bunyi dan udara. Namun demikian, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.
Kenderaan bermotor, sama ada buruk ataupun baru, hanya bertanggungjawab kepada separuh daripada persoalan dan alam sekitar. Separuh lagi tanggungjawab tersebut terletak dibahu kita sebagai pengguna. Sekiranya kita ingin mengurangkan kesan negatif penggunaan kenderaan bermotor terhadap alam sekitar, maka sikap perihatin terhadap cara kita menggunakan kenderaan adalah amat penting.
Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor ditengah panas juga boleh mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar disamping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.
Justeru itu, kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi hubungan manusia dengan alam sekitar agar masyarakat Malaysia lebih prihatin dan bertangungjawab terhadap persekitarannya. Pengguna kenderaan haruslah menggunakan kenderaan mereka dengan bijak agar dapat memulihara kesejahteraan alam sekitar di samping mengurang dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem pengangkutan.



c)Pencemaran Tanah
Manusia mengguna dan menyesuaikan diri dengan unsur-unsur alam semulajadi seperti hutan, bahan galian, air, udara, tanah, sumber-sumber laut dan bahan api, mengindahkannya menerusi proses-proses pengeluaran kepada bentuk barangan dan perkhidmatan .
Proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan sistem ekonomi serta perkembangan dan pertumbuhannya . Sikap memandang sesuatu dari perspektif keuntungan menimbulkan sifat mengeksploitasi alam sekitar tanpa memperkirakan kepupusan sumber-sumber alam semula jadi .
Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara . Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan matawang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia . Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .
Umpamanya, banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India, Bangladesh dan kawasan-kawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber air sungai yang bersih untuk kegunaan sehari-hari . Hasil tanaman padi, tebu dan sebagainya juga terjejas . Di sebaliknya kerajaan negara-negara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM 140 juta hingga RM 750 juta sebagai perbelanjaan banjir . Kadar pemendakan yang tinggi akibat penusnahan hutan yang tidak terkawal juga telah mengurangkan jangka penggunaan air kolam di Utara Pulau Luzon, Filipina, di kolam Air Nizamzagar, India dan lain-lain .
Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam, seperti tragedi Pos Dipang di Kampar, Perak, tanah runtuh di Genting Highlands dan beberapa lagi peristiwa yang telah mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan manusia dalam menjaga alam sekitar , disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam sekitar .
Langkah penyelesaian
Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan . Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang .
Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika di kalangan negara anggota . Ini termasuklah :
Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke setahun .
Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan .
Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya .
Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses .
Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing . Dalam konteks ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan tidak semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri . Sementara itu, terdapat beberapa peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka . Semua ini banyak membantu ke arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan pembalakan di negara ini .


KESIMPULAN

Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?
Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.
Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi.
Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.
Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita mencurahkan bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita melemparkan sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate" yang pernah diciptakan.


Hari Bumi Sedunia


Hari Bumi

Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.


Sejarah Hari Bumi 22 April...
Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di
Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.
Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.
Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.

REALITI ATAU FANTASI?

DUNIA BAKAL KEHILANGAN 100 TEMPAT INDAH AKIBAT PEMANASAN GLOBAL.

Sekiranya ramalan ahli kaji iklim tentang kesan pemanasan global adalah benar, maka kita akan mendapati satu senarai tempat tertentu yang akan lenyap daripada muka bumi ini.

Kehilangan tempat-tempat yang paling indah di dunia ini merupakan satu peringatan bahawa perubahan iklim ini berupaya untuk menjadikan rapuh dan akhirnya fana.


Untuk memahami kesan perubahan iklim ini, kita perlu mengikut aliran dan interaksi yang berlaku pada air. Bermula daripada kecairan ais di Artik sehingga ke pulau batu karang yang berkedudukan pada paras laut rendah lalu ke banyak tempat yang tidak diduga: hutan awan di Kilimanjaro dan Kauai, Tasik Baikal di Siberia, gurun Kalahari dan Empty Quarter di Saudi Arabia. Selain itu, ia juga membabitkan Sungai Thames dan melalui London, mengalir ke Sungai Seine akhirnya tiba di Paris.

Ini mengesahkan bahawa bukan hanya ekosistem semula jadi yang diancam. Chicago, New York dan juga Beijing juga akan terdedah kepada ancaman perubahan iklim dari segi pembinaan. Akhirnya, ia akan mengancam tamadun manusia, yang disokong oleh pengeluaran pertanian yang dipengaruhi oleh corak cuaca. Contohnya di tanah tinggi Sri Lanka yang menampung hampir 700,000 pekerja dan ahli keluarga yang terlibat dalam industri the Ceylon.

Kehidupan di dunia ini disokong oleh kitaran air antara laut dan juga atmosfera rendah. Di samping itu, penempatan manusia di dunia turut bergantung kepada corak hujan, sinaran matahari, suhu dan angin. Semua faktor ini telah tergugat oleh pemanasan global. Glasier gunung mungkin tidak mendapat perhatian daripada penduduk yang tinggal di kawasan perbandaran, tetapi bagi penduduk di California selatan, pembentukan dan kecairan glasier gunung ini adalah sangat penting.

Interaksi air ini membolehkan kita menikmati keindahan di muka bumi, laut yang luas dan membiru, gurun yang merah keemasan serta sinaran kelabu di glasier dan ais di kutub utara dan selatan akibat pembiasan sinaran matahari. Kepelbagaian pemalar hijau di malakit dalam hutan Sweden, yang merupakan pokok tertua di dunia telah berakar umbi sejak Zaman Ais. Begitu juga hutan paya bakau di Madagascar dan kepelbagaian hidupan akuamarin di Great Barrier Reef, Australia.

Perubahan yang berlaku ini bukan berdasarkan kepada pelepasan karbon ataupun apa yang berlaku di atmosfera. Ia berteraskan kepada perlakuan manusia, tempat tinggal dan juga tempat yang mereka bina yang semua tempat-tempat indah ini akan musnah dan tidak wujud lagi sekiranya pemanasan global berlaku pada skala yang lebih tinggi.

Tempat-tempat inilah yang akan menjadi taruhan sekiranya kita sebagai manusia, terus bersikap bertolak ansur dengan pemanasan global dan tidak mahu mengambil tindakan segera.

Layarilah http://www.100places.com/en untuk keterangan lanjut.

MENUJU KE ARAH KEHIDUPAN TANPA KARBON


“Walaupun hanya berbeza beberapa darjah sahaja, namun itu pun sudah sangat serius, tetapi kita boleh menyesuaikan diri. Hakikatnya, proses pemanasan mungkin berlarutan dan menjadi tidak stabil. Kita mungkin akan hidup bagaikan berada di atas permukaan planet Venus, diselubungi oleh awan dan suhu permukaan yang mencecah sehingga 400 darjah celsius. Sudah terlambat jika kita menunggu sehingga kesan-kesan pemanasan global semakin nyata. Kita perlu bertindak segera untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida.” Professor Stephen Hawking, Lucasian Professor of Mathematics, Cambridge University

Karbon dioksida (CO2) merupakan gas rumah hijau (GHG) yang menyumbang kepada perubahan ilkim yang disebabkan oleh pelepasan karbon yang tidak terkawal ke atmosfera sejak revolusi perindustrian dan penemuan minyak petrol. Kesan rumah hijau berlaku disebabkan oleh penebalan atau peningkatan kandungan GHG di atmosfera yang menghalang haba-haba meresap ke luar angkasa. Tatkala kesan rumah hijau ini telah menjadi satu lapisan ‘selimut’, ini menyebabkan purata suhu Bumi meningkat.


Dari mana datangnya gas rumah hijau (GHG)?

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Australia Greenhouse Office, didapati bahawa penyumbang utama pelepasan gas rumah hijau adalah pengguna sendiri, yang menyumbang sebanyak 30 peratus daripada jumlah pelepasan karbon. Selain itu, negara yang menduduki tempat teratas dalam pelepasan karbon per kapita adalah Qatar yang melepaskan sebanyak 60 ton GHG dalam setahun. Malaysia pula menduduki tempat ke-56.

Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menuju ke arah tanpa karbon?

Untuk mencapai tujuan ini, kunci kejayaan ialah mengurangkan dari segi penggunaan dan meningkatkan kecekapan. Antara cara-cara itu ialah:

a) Alat-alat

  1. Gunakan peralatan elektrik daripada model yang jimat tenaga yang berkecekapan tinggi. Semak penarafan bintang dan kecekapan dalam label peralatan elektrik.
  2. Basuh pakaian. Hanya menggunakan mesin basuh apabila telah dipenuhi dengan pakaian. Basuh dengan menggunakan air sejuk dan mesin daripada jenis yang jimat air dan tenaga.
  3. Sidai pakaian. Gunakan ampaian kain jika boleh.
  4. Tutupkan televisyen apabila tidak ada orang menonton.


b) Pemanasan dan penyejukan

  1. Pasang penebat haba pada siling dan dinding.
  2. Menyediakan penggelapan luaran dan dalaman untuk cermin.
  3. Memaksimumkan penggunaan kipas dan kurangkan penggunaan pendingin hawa.
  4. Mengurangkan masa dan penggunaan air panas semasa mandi. Gunakan pancuran yang beraliran rendah.

c) Lampu

  1. Gunakan mentol lampu kelimantang (CFLs) dan lampu LED.
  2. Tutupkan bila tidak menggunakan lampu.


d) Perjalanan

  1. Setiap kilometer perjalanan menggunakan kereta, melepaskan GHG sebanyak 500g. Berjalan, mengayuh basikal dan menggunakan pengangkutan awam adalah lebih mesra alam berbanding daripada kereta.
  2. Beli jenis kereta yang mesra alam.
  3. Memandu dengan cekap.
  4. Mengurangkan bilangan menaiki kapal terbang.


e) Beli kredit karbon untuk GHG sendiri.

  1. Kredit karbon merupakan pasaran baru dan tidak dikawal dengan berkesan lagi. Soalan-soalan yang perlu dituju kepada penyedia atau pemborong karbon kredit (carbon offset):
  2. Apakah projek-projek atau aktiviti yang saya perlu bayar?
  3. Adakah skema ini diaudit secara berdikari dan disahkan?
  4. Adakah pelepasan GHG akan berkurang walaupun saya tidak beli karbon kredit?
  5. Berapakah harga seton karbon yang dijimatkan?
  6. Apakah kebaikan alam sekitar atau sosial yang skema anda boleh tawarkan?

(Sumber: CHOICE, November 2007)

Di Malaysia, karbon kredit (carbon offset) masih sukar didapati dan syarikat-syarikat yang menawarkan tawaran ini ialah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan juga Firefly. Kedua-dua syarikat penerbangan ini menawarkan pengurangan karbon secara sukarela berdasarkan jarak perjalanan. Semua dana yang diperolehi menerusi sistem ini akan digunakan untuk menolong program-program di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelamatkan hutan hujan tropika di Malaysia. Program-program diurus oleh Institusi Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) di bawah pengawasan Kementerian Sumber Alam and Alam Sekitar (NRE).

Kesimpulannya, sikap dan amalan pengguna-pengguna di Malaysia mahupun di dunia perlu berubah dalam aktiviti harian mereka. Dengan mengurangkan pelepasan karbon dan jejak karbon, satu kehidupan tanpa karbon akan tercapai untuk generasi akan datang.

TAHUKAH ANDA?

Hari Alam Sekitar.

Hari Alam Sekitar (HAS) atai (World Environment Day (WED)) dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972. Setiap tahun, hari ini diadakan di bandar yang berlainan dan disambut dengan eksposisi antarabangsa pada minggu 5 Jun. Program Persekitaran PBB (UNEP), juga ditubuhkan pada 1972, menggunakan HAS untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam.

Ecologia.jpg


HAS 2007

Tajuk Hari Alam Sekitar 2007 ialah "Ais yang mencair - topik hangat?" (Melting Ice – a Hot Topic?). Semasa Hari Kutub Antarabangsa, HAS 2007 menumpu pada kesan-kesan perubahan iklim pada ekosistem dan komuniti kutub, pada kawasan lain yang juga dilitupi ais dan salji, dan kesannya kepada dunia.

Sambutan antarabangsa utama diadakan di bandar Tromsø, Norway, sebuah bandar di utara Garisan Artik yang menggelar dirinya "Pintu Masuk ke Artik" (The Gateway to the Arctic).


HAS 2006

Tema untuk WED 2006 ialah "Gurun dan Penggurunan" (Desert and Desertification). Slogan untuk HAS 2006 ialah "Jangan menggurunkan tanah kering" (Don't desert drylands).

Slogan ini menitikberatkan kepentingan melindungi tanah kering, yang melitupi lebih daripada 40% permukaan bumi. Ekosistem ini merupakan tempat tinggal satu pertiga manusia di dunia ini yang merupakan ahli yang terdedah kepada sistem pengurunan. Sambutan utama diadakan di Algeria.

WED 2005

Daripada laman web rasmi:

Kini, kebanyakan manusia di dunia ini tinggal di bandar. Untuk menghargai saat bersejarah ini, Datuk Bandar Gavin Newsom telah menjemput datuk-datuk bandar dari seluruh dunia ke San Francisco untuk Hari Alam Sekitar PBB untuk mara bersama ke arah masa depan bandar dapat dikekalkan.
Para datuk bandar sedang bergabung sebagai ejen-ejen perubahan yang paling berkuasa dan boleh diselaras. Mereka mampu menangani isu-isu alam sekitar dengan cepat dan secara unik bertanggung jawab kepada penduduk mereka. Kuasa pembelian mereka yang besar membentuk pasaran dan menjadikan persekitaran boleh dikekalkan satu daripada pertimbangan pengilangan. Mereka menangani isu persekitaran sejagat yang paling mencabar dan penyelesaian visi mereka memberikan inspirasi dan sebagai model kepada kesemua sektor masyarakat.

Tema terdahulu

  • 2006 - Gurun dan Penggurunan
  • 2005 – Bandar Hijau – Merancang untuk Planet ini!
  • 2004 – Dikehendaki! Laut dan Lautan – Mati atau Hidup?
  • 2003 – Air – Dua Bilion Orang sedang Mati untuknya!
  • 2002 - Bagi Bumi Satu Peluang
  • 2001 - Berhubung dengan World Wide Web Kehidupan
  • 2000 - Milenium Alam Sekitar - Masa untuk Bertindak
  • 1999 - Bumi Kita - Masa Depan Kita - Terus Selamatkannya!
  • 1998 - Untuk Hidupan di Bumi - Selamatkan Laut Kita
  • 1997 - Untuk Hidupan di Bumi
  • 1996 - Bumi Kita, Habitat Kita, Rumah Kita
  • 1995 - Kita Manusia: Bersatu untuk Persekitaran Sejagat
  • 1994 - Satu Bumi Satu Keluarga
  • 1993 - Kemiskinan dan Alam Sekitar - Memutuskan Kitaran Kejam
  • 1992 - Hanya Satu Bumi, Pelihara dan Kongsi
  • 1991 - Perubahan Iklim. Keperluan Perkongsian Sejagat
  • 1990 - Kanak-Kanak dan Alam Sekitar
  • 1989 - Pemanasan Sejagat; Pemanasan Sejagat
  • 1988 - Apabila Manusia Mementingkan Persekitaran, Pembangunan akan Berkekalan
  • 1987 - Persekitaran dan Tempat Berlindung: Lebih Dari Sekadar Atap
  • 1986 - Pokok Untuk Kedamaian
  • 1985 - Pemuda: Populasi dan Persekitaran
  • 1984 - Penggurunan (Desertification)
  • 1983 - Mengurus dan Melupuskan Buangan Merbahaya: Hujan Asid dan Tenaga
  • 1982 - Sepuluh Tahun Selepas Stockholm (Pembaharuan Kebimbangan Persekitaran)
  • 1981 - Air Tanah; Bahan Kimia Toksik dalam Rantai Makanan Manusia
  • 1980 - Cabaran Baru untuk Dekad Baru: Pembangunan Tanpa Pemusnahan
  • 1979 - Cuma Satu Masa Depan untuk Anak Kita - Pembangunan Tanpa Pemusnahan
  • 1978 - Pembangunan Tanpa Pemusnahan
  • 1977 - Kebimbangan Persekitaran Lapisan Ozon; Kehilangan Daratan dan Penyahgredan Tanah
  • 1976 - Air: Sumber Penting untuk Kehidupan
  • 1975 - Petempatan Manusia
  • 1974 - Cuma Satu Bumi

Pencairan Ais akibat peningkatan suhu dunia.

Albedo ais

albedo ais

Dengan albedo yang melebihi 80%, teren yang diselimuti ais memantulkan kebanyakan penerimaan radiasi solar ke angkasa,menyejukkan atmosfera bawah. Apabila salji mencair, albedo menurun sehigga kurang daripada 30 peratus, ini membenarkan tanah menyerap lebih banyak radiasi
solar, memanaskan permukaan bumi dan atmosfera bawah.

Black and White: Soot on Ice

black n white

Gas rumah hijau dan jerebu akan meningkatkan kadar pencairan di lautan ais. Apabila jerebu menghampiri kutub, ia akan menyerap ke dalam ais, membentuk permukaan yang lebih gelap, ini akan menyerap lebih banyak haba berbanding ais yang bersih. Apabila ais di kutub mencair, kurang cahaya matahari dipantulkan ke angkasa. Selain itu, lautan akan menyerap haba dan memanas, menambahkan tenaga untuk pencairan.

Kepingan Ais Larsen B

larsenB

Pada tahun 2002, sebuah seksyen gergasi Kepingan Ais Larsen B di Semenanjung Antartik runtuh dan tenggelam ke dalam lautan. Ia berlaku dalam jangkan masa 25 hari, melibatkan 1,255 batu persegi- satu kawasan di mana lebih besar daripada Pulau Rhode. Dirakam daripada angkasa menggunakan pelbagai peralatan pengorbitan, gambar tersebut mengilustrasikan perubahan dramatik yang berlaku akibat perubahan iklim.

Pencairan Glasier Iceland

pencairan glaasier ais iceland

Glasier Breidamerkurjokull di Iceland seperti yang ditunjukkan dalam imej Landsat, mengalami pengurangan sejak 1973. Ini dijangka oleh ahli glasiologis bahawa glasier ini berkurang lebih cepat dalam tahun lewat 1990-an berbanding dalam lewat 1980-an atau 1970-an. Setelah dianalisis dengan teliti oleh ahli glasiologis NASA, Dorothy Hall, meyimpulkan bahawa pengurangan yang berlaku sejak 1997 hingga 2000 adalah pada kadar yang sama antara tahun 1973 dan 2000.

Sejuk dan Panas

panas dan sejuk

Berdasarkan data daripada tahun 1983-2003, pola pemanasan permukaan di artik adalah 8 kali lebih tinggi berbanding pola yang berlaku pada 100 tahun yang lalu. Musim pencairan lautan ais meningkat daripada 10 kepada 17 hari per dekad. Walau pun purata suhu meningkat di artik, terdapat beberapa tempat yang menjadi lebih sejuk.

Ais: Thermostat Planet

termostat planet

Animasi ini bermula dengan pemandangan Greenland seperti di masa 100,000 tahun lampau. Seperti mana iklim mula berubah, glasier di sekeliling hujung Greenland mula mencair, menambah berbillion gelen air tawar ke dalam lautan. Wap air dari lautan bergerak ke daratan dan apabila menyejuk ,ia turun membentuk salji, menebalkan kepingan ais di bahagian tengah jasad bumi.

gambarajah artik

perubahan ais di artik & antartika

Artik

Pengenalan

  • Artik adalah benua paling selatan iaitu terletak di utara Bulatan Artik 66°,30N latitude.Benua ini mengandungi Lautan Artik,Greenland, Pulau Baffin,pulau-pulau kecil Utara,dan termasuklah bahagian utaran Eropah,Russia(Siberia),Alaska dan Kanada.
  • Pada pertengahan musim sejuk, matahari tidak terbit dan suhu turun sehingga -50°F. Manakala pada musim panas kawasan lebih selatan menerima cahaya matahari 24 jam sehari dan keadaan ini telah menyebabkan ais dan bahagian tanah atas mencair. Ini mengakibatkan wujudnya pecahan bongkah ais yang hanyut dari utara yang lebih sejuk ke selatan.

Penipisan Ais

gambarajah tren suhu
Gambarajah 1.1 :Tren perubahan suhu Artik antara tahun1966-1995

  • Berdasarkan data klimaks yang menunjukkan suhu pada musim sejuk, didapati kebelakangan ini suhu artik telah meningkat dengan mendadak dalam tempoh masa yang singkat.
  • Sebagai contoh suhu sebahagian Alaska dan utara Eropah telah meningkat 11°F pada musim sejuk dalam jangka masa 30 tahun. Ini berbeza dengan data yang dikaji berdasarkan teras ais ,teras tasik dan pollen pokok (penunjuk suhu kuno) dari empat abad yang lepas yang menunjukkan peningkatan suhu secara tabie adalah secara perlahan.
  • Gambarajah 1.1 menunjukkan tren perubahan suhu dari tahun 1966-1995. Dalam tempoh 30 tahun ini suhu purata musim sejuk di tengah Siberia meningkat sebanyak 4°C.
  • Berdasarkan analisis terbaru oleh ahli geofizik Terry Tucker dari Cold Region Research and Engineering Lab,Hanover,New Hampshire,didapati isipadu ais di Artik telah berkurangan secara mendadak menjelang dekad ini. Perkara ini bertepatan dengan kajian yang pertama kali yang dijalankan oleh Dr. D. Andrew Rothrock dari University Washington.
  • Sehubungan dengan itu satu laporan bertajuk “Thinning
    Of the Artic Sea-Ice Cover” telah diterbitkan pada 1 Disember 1999 untuk membincangkan tentang penipisan ais di Artik.

Melalui program (SCIEX) Scientific Ice Expeditions, data dikumpul menggunakan kapal selam nuclear. Ekspedisi ini menganalisis data dari tiga ‘autumn cruises’:USS Pargo (1993), USS Pogy (1996) dan USS Archerifish(1997).Fokus utama ekspedisi ini adalah untuk melihat perubahan yang berlaku terhadap ais.

  • Pada sekitar tahun 1990, air laut yang lebih panas dari Atlantik telah merebak/mengalir ke laut di atas permatang gunung lautan dan seterusnya menolak kembali air lautan Pasifik yang lebih sejuk. Ini mengakibatkan sempadan antara lautan Atlantik dan Pasifik berganjak dan seterusnya menaikkan suhu lautan Artik (1000 kaki di bawah permukaan) sebanyak 1-2 Fahrenheit. Walaupun kenaikan ini begitu kecil, ia tetap mempengaruhi penipisan ais dan mencairkan permafrost di Alaska.
  • Selain dipengaruhi oleh pemanasan global, ais di kutub juga beperanan dalam mempengaruhi perubahan suhu dunia. Perubahan arus lautan dan pergerakan ngina boleh mngakibatkan perubahan iklim sedunia. Selain itu, Greenland atau Iceland (bahagian Lautan Atlantik Utara) penting dalam kitaran laut sedunia. Di sini air laut yang lebih panas dari kawasan tropika disejukkan dan cukup tumpat untuk tenggelam. Ini mengekalkan kitaran perjalanan haba air lautan dari kawasan tropika. Pencairan ais mengurangkan ketumpatan air dibahagian atas dan ini akan memperlahankan kitaran haba air laut yang akan menyebabkan Lautan Atlantik Utara menjadi lebih sejuk.
  • Berdasarkan draft purata yang dibuat, ketebalan ais lautan (ketebalan dari pemukaan laut ke permukaan ais) telah menurun sebanyak 4.3 kaki iaitu 40% sejak pengukuran kali pertama pada tahun 1958. Pada tahun antara 1958-1976 ketebalan ais adalah 10 kaki dan kini hanya 5.5 kaki sahaja.

Analisis terbaru menunjukkan penipisan secara menyeluruh bermula dari Tengah Lautan Artik.Didapati kadar penipisan paling tinggi adalah di kawasan Timur Artik.Berdasarkan data SCIEX yang dikumpul oleh National Science Foundation (office of Naval Research) dan NASA ais ini bukan hanya menipis pada tahun 90’an sahaja,tetapi ia sedang berterusan sehingga kini dengan kadar penipisan sebanyak 4 inchi (0.1 m)/tahun.

  • Kehilangan jisim ais yang banyak memberi kesan yang dramatic kepada perubahan iklim sedunia. Salji dan ais menyejukkan bumi dengan memantulkan tenaga sehingga 80% dari matahari terus ke angkasa.
  • Berdasarkan kajian yang dibuat oleh UNEP(United Nation Environment Program) mereka mendakwa ais di kutub (Artik) akan menipis sehingga 60% jika peratus karbon dioksida ( CO2) di atmosfera meningkat dua kali ganda dari sekarang. Hal ini dijangka akan berlaku menjelang tahun 2050 sekiranya tiada sebarang tindakan atau langkah-langkah yang diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mengcegahnya daripada berterusan.
  • Di Alaska,Barat Kanada dan Timur Rusia suhu purata musim sejuk meningkat sebanyak 4 – 7°F (3 – 4°C) dalam tempoh lima puluh tahun sebelum ini,dan angka ini dijangka akan terus meningkat sehigga 7 – 13°F (4 – 7°C) menjelang 100 tahun yang seterusnya.
  • Menjelang penghujung abad ini dijangka bahawa ais di lautan Artic akan berkurang sebanyak 50% menjelang musim panas.Isipadu ais di Greenland apabila mencair boleh meningkatkan aras air laut sedunia setinggi tujuh meter.Ais yang terdapat di Alaska mencair dua kali ganda lebih pantas dalam sepuluh tahun ini. Hal ini menyebabkan peningkatan aras air laut global sebanyak 9%.
  • Di Greenland kepingan ais berhampiran dengan lautan Artik menipis satu meter setiap tahun.

Antartika

image antartika

antartika

Pengenalan

  • Antartika terletak di selatan Australia iaitu pada garis lintang 60°S. Benua ini mengandungi 7 juta kubik batu persegi ais yang mewakili 90% ais di bumi. Ketebalan purata aisnya ialah 2164m dengan yang paling tebal 4785m.

  • Antartika adalah seluas saiz Amerika Syarikat dan Mexico apabila digabungkan. Ia mewakili 70% daripada air tawar dunia. Jika bahagian baratnya cair, aras laut dunia boleh meningkat setinggi 15-20 kaki. Manakala aras laut akan meningkat 200 kaki jika bahagian timurnya cair.

Pencairan Ais Di Antartika

gambar antartika cair
Gambarajah Antartika

  • Melalui pemerhatian oleh beberapa orang saintis, didapati bongkah ais mega terbentuk dari Larsen ‘ice shelf’ di semenanjung Antartika dan berlaku pencairan ais pada skala besar di bahagian utara ‘ice shelf’. Berdasarkan laporan oleh British Antartic Survey(BAS), suhu di semenanjung Antartika meningkat 0.5°C setiap dekad sejak 1947.

  • Bukti-bukti penipisan ais ini boleh didapati di sebahagian tasik-tasik di Antartik. Tasik-tasik ini sangat sensitif dan sesuai menjadi petunjuk perubahan suhu jangka pendek. Ahli sains New Zealand melaporkan paras air Tasik Vanda di Lembah Wright meningkat 1 meter setiap tahun. Peningkatan ini berkaitan dengan pencairan ais yang masuk ke dalam tasik melalui sungai Onyx yang mana isipadu telah meningkat lebih dua kali ganda sejak dekad yang lepas. Kajian lain ke atas 6 tasik lain di Antartika menunjukkan ais di permukaannya menipis hingga 40% sejak sedekad yang lalu.

  • Selain itu, berdasarkan pengukuran yang dibuat di laut antara 1973 dan 1988 menunjukkan pengurangan luas unjuran ais di laut semasa musim sejuk sehingga 33 km . Saintis BAS di stesen Faraday, Pulau Galindez melaporkan ais setebal 1m lenyap di antara 1973-1988.

  • Pada tahun 1986, 11 000 km2 kepingan ais Larsen dan 11 500 km2 kepingan ais Filcher pecah dan hanyut ke dalam laut Weddell. Pada masa yang sama lebih kurang 1000km2 bongkah ais Theraites pecah. Jumlah ais yang hilang ini 4 kali lebih banyak daripada salji yang terkumpul setahun.

  • Pada tahun 1991, BAS telah mengeluarkan imej satelit yang menunjukkan perpecahan yang cepat di kepingan ais Wordie dan mereka telah mencadangkan bahawa suhu yang tinggi di semenanjung Antartik sebagai puncanya. Lebih dari 1300 km2 kepingan ais Wordie hilang sejak 1966.

  • Kepingan-kepingan ais di sepanjang pantai semenanjung Antartika ini sangat sensitif terhadap perubahan suhu walaupun perubahan yang berlaku kecil. Bukti lain yang menunjukkan perpecahan kepingan ais telah dikeluarkan seawal 1992, melalui imej yang diambil dalam tempoh beberapa tahun BAS melaporkan berlaku pengurangan timbunan salji di Pulau Stonington ; sementara perbandingan imej satelit di pesisir pantai Antartika menunjukkan perubahan yang amat jelas dalam isipadu ais di kawasan pesisir pantai tersebut.

  • Pada awal 1993, BAS menyatakan pertambahan dalam pembentukan bongkah ais,tetapi menyatakan bahawa terdapat bukti yang tidak tepat menghubungkannya dengan pemanasan global. Pertambahan bongkah ais telah dipastikan kemudian pada 1993 daripada data yang dikumpul oleh kapal yang merentasi lautan selatan dan juga dikumpul oleh Norwegian Polar Research Institute. Walaupun demikian ketepatan kajian itu telah dipersoalkan. Institut ini mencadangkan bahawa perpecahan kepingan ais ini berlaku lebih pantas daripada yang dijangkakan.

  • Pada Februari 1995, sebuah bongkah ais gergasi bersaiz Luxembourg (2600km persegi dan sepanjang 77km)terpecah dari Semenanjung Antartik; kajian berterusan mendedahkan ais yang menghubungkan tanah besar dengan pulau James Ross telah hilang- bahagian utara Larsen Ice Shelf. Menurut aBAS ini memberikan bukti yang lebih kukuh tentang pemecahan bongkah ais akibat peningkatan suhu.Glaciologist, Dr David Vaughan menyatakan "There is no doubt that the climate on the Antarctic Peninsula has warmed significantly over the past few decades. What we are seeing now are changes only just working through to glaciers and ice sheets.


PEMANASAN GLOBAL - "BUMI SEMAKIN PANAS!!"


kesan rumah hijau ( greeenhouse effects)


Isu tenaga dan alam sekitar mula diminati pada awal tahun 1980 apabila penggunaan tenaga didapati berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu purata permukaan bumi meningkat sebanyak 0.6oc dari tahun 1960-1990 berbanding 0.2oc dari tahun 1860-1960 dan 0.1oc seratus tahun sebelumnya. Ahli sains membuktikan bahawa kebanyakan gas yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti karbon dioksida adalah penyebab utama penongkatan suhu yang menyebabkan berlakunya pemanasan global.

faktor dan kesan
  1. Bumi bersuhu purata 15 darjah Celcius walaupun matahari bersuhu purata 6000 darjah Celcius. Imbangan di antara sinaran yang diterima dan dipantulkan oleh bumi bergantung kepada atmosfera. Awan dan permukaan bumi akan memantulkan kembali sinaran matahari ke angkasa lepas menjadikan bumi sedikit dingin.
  2. Kehadiran ‘gas rumah hijau’ (CO2, wap air, metana, nitrat, dll) menyebabkan penyerapan cahaya yang tinggi dalam atmosfera menjadikan bumi bertambah panas. Komponen gas rumah hijau yang paling banyak dalam atmosfera ialah CO2. Dikatakan kehadiran gas-gas rumah hijau ini adalah hasil daripada perbuatan dan aktivit manusia sendiri demi pembangunan global.

Komponen gas -gas rumah hijau

  1. · Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera melalui pembakaran bahan api berfosil (HC seperti petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan, sisa-sisa kimia yang aktif (i.e. pembuatan simen). CO2 dikitarkan semula di dalam atmosfera sebagai salah satu komponen dalam Kitaran Biologi Karbon.

    · Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan, produksi, dan penghasilan arang batu, gas asli, dan minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian serta emisi gas daripada haiwan perternakan seperti kambing biri-biri dan sebagainya.

    · Nitrat oksida (N2O): Nitrat oksida dibebaskan ke atmosfera melalui emisi gas daripada aktiviti pertanian, perternakan, industri serta pereputan sisa pepejal.

    · Gas berfluorin: Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur hexafluorida adalah sintetik, dan merupakan gas-gas rumah hijau yang teremisi daripada pelbagai proses industri. Gas-gas berfluorin dibebaskan ke atmosfera dan menjadi punca penipisan lapisan ozon (i.e. CFC, HCFC, and halon). Gas-gas ini umumnya teremisi dalam kuantiti yang kecil, namun kemudaratan gas-gas ini kadang-kala diklasifikasikan sebagai High Global Warming Potential gases (“High GWP gases”).

Impak Rumah Hijau

  • Kenaikan suhu bumi
  • Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh, dll.)
  • Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global
  • Kemarau
  • Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera
  • Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang membangun
  • Penipisan lapisan ozon

Pembangunan Lestari

Apakah Konsep Pembangunan Lestari?

- Adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah.

-Pemuliharaan bermaksus membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus.

-Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia.

-Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan berterusan. Bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.



Akta-akta berkaitan pembangunan lestari

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
-pencemaran udara (seksyen 20)
-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)
-pencemaran tanah (seksyen 24)
-pencemaran perairan daratan (seksyen 25)
-Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984 - seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan

5. Akta Perikanan 1985



Contoh projek yang perlukan kelulusan EIA


Contoh Aktiviti Kriteria pembangunan yang perlukan laporan

1. Pertanian
i. Skim kemajuan tanah yang melebihi 500 hektar
ii. Program pertanian yang perlukan penempatan semula > 100 keluarga
iii. Pembangunan estet pertanian

2. Lapangan terbang
i. Lapangan terbang yang mempunyai landasan 2, 500 meter atau lebih
ii. Pembinaan lapangan terbang dalam taman negara

3. Saliran dan pengairan
i. Pembinaan empangan dan tasik buatan manusia seluas 200 hektar
ii. Saliran kawasan paya, hutan dara meliputi kawasan seluas 200 hektar
iii. Skim pengairan meliputi 5 000 hektar atau lebih

4. Tebus guna tanah
i. Penebusgunaan kawasan pantai meliputi kawasan seluas 50 hektar

5. Perikanan
i. Pembinaan pelabuhan perikanan
ii. Peluasan kawasan pelabuhan melibatkan 50 peratus atau lebih
iii. Projek akuakultur meliputi kawasan 50 hektar atau lebih

6. Perhutanan
i. Pengubahan hutan bukit meliputi 50 hektar atau lebih
ii. Pembalakan mengubah kawasan tadahan kepada kegunaan lain
iii. Pembalakan melebihi 500 hektar atau lebih

7. Perumahan
i. Pemajuan kawasan perumahan meliputi kawasan seluas 50 hektar

8. Industri
i. Kimia – keluaran melebihi 100 tan metrik/hari
ii. Petrokimia – semua saiz

9. Infrastruktur
i. Pembinaan lebuhraya, pembinaan bandar baru, pembinaan hospital

10. Pelabuhan
i. Pembinaan pelabuhan

RENUNGAN BERSAMA...


  1. Ikan mati kerana air kotor.
  2. Kekotoran di sungai : akibat pembuangan sisa kilang.
  3. Pencemaran bahan buangan kilang.
  4. Pencemaran bunyi.
  5. Asap dari kilang.
  6. Asap dari lori balak.
  7. Asap dan pencemaran bunyi dari kapalterbang atau jet.
  8. Sampah haram / bau busuk.
  9. Pembakaran sampah secara terbuka.
  10. Muzik dari kawasan kediaman melebihi had.
  11. Kebakaran terbuka di kawasan rumah.
  12. Jerebu : pencemaran udara.
  13. Asap kenderaan.
  14. Kekurangan pokok / tumbuhan.
  15. Pembalakan / penebangan pokok.

INFO ALAM


PEPEJAL MUDAH TERBAKAR PEPEJAL: BOLEH TERBAKAR SECARA SEPONTAN
CECAIR MUDAH TERBAKAR PEPEJAL: BERBAHAYA APABILA BASAH
BAHAN PENGOKSIDAAN BAHAN LETUPAN
BAHAN BERJANGKIT BAHAN TOKSID BAHAN MENGAKIS

Tahukah Anda Apa itu EARTH HOUR?

Earth Hour

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.



Logo Earth Hour

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007,dan mendapat sokongan dunia pada 2008.

Earth Hour berikutnya akan diadakan pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 jam 8:30 malam, waktu tempatan.

Earth Hour 2010

Rencana utama: Earth Hour 2010

Earth Hour 2009

Earth Hour 2009 ialah 8:30–9:30 28 Mac 2009. Kini, 82 buah negara dan lebih daripada 2100 buah bandar adalah 'komited ke Earth Hour 2009', satu peningkatan sangat besar daripada perkecimpungan rakyat dalam 35 buah negara untuk Bumi Hour 2008.1 bilion 'menyokong' adalah tujuan yang dinyatakan untuk Earth Hour 2009, dalam konteks penting Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009.

Earth Hour 2008

Dengan 35 buah negara di dunia merupakan anggota rasmi dan lebih 400 bandar juga menyokong, Earth Hour 2008 adalah kejayaan besar, dirayakan disemua tujuh benua. Mercu tanda ikonik kesemua seluruh dunia menutup lampu mereka yang tidak perlu untuk Earth Hour dimana termasuk Empire State Building (New York City), Sears Tower (Chicago), Golden Gate Bridge (San Francisco), Bank of America Plaza (Atlanta), Sydney Opera House (Sydney, Australia), Wat Arun Buddhist Temple (Bangkok, Thailand), Colosseum (Rome, Italy), Royal Castle (Stockholm, Sweden), London's City Hall (England), Space Needle (Seattle), CN Tower (Toronto, Canada) dan SM Mall of Asia & The Giant Globe (Manila, Philippines).

Tapak web rasmi untuk acara ini, earthhour.org, menerima lebih 6.7 juta pengunjung unik dalam minggu menjelang Earth Hour. Tapak web lain yang mengambil bahagian dalam acara ini, dengan halaman utama Google menjadi "gelap" pada hari Earth Hour.

Menurut satu kaji selidik dalam talian Zogby International 36 juta penduduk menyertai dalam Earth Hour 2008, dengan dianggarkan satu 50 juta melakukan seluruh dunia sama. Tinjauan juga menunjukkan terdapat peningkatan 4 peratusan dalam kesedaran bagi isu-isu alam sekitar seperti perubahan iklim, secara langsung selepas acara ini.

Peserta 2008

Penjadualan


Sydney Harbour Bridge dan Opera House digelapkan selama Earth Hour 2007.

Sebelum 2008, San Francisco telah menjalankan program "Lights Out" dari mereka yang dilakukan bulan Oktober.Untuk tahun 2008, waktunya dipindahkan ke 29 Mac agar dapat bersamaan dengan Earth Hour dari Australia. Ini juga terjadi supaya 2008 menjadi tahun dimana Earth Hour berubah ke acara kebangsaan dan San Francisco diminta sebagai kota anggota Earth Hour. Daripada memiliki acara saingan, San Francisco yang menyokong Earth Hour dan Lights Out sekarang menjadi bahagian dari acara kebangsaan Earth Hour. Sejak Earth Hour tahun 2008 diselenggarakan hari Sabtu, banyak pengajian tinggi di Wilayah Toronto Raya menyokong dengan mematikan setengah lampu di ruang kelas selama jam terakhir sekolah hari Jumaat, 28 Mac 2008. Meskipun slogan Earth Hour 2008 secara rasmi adalah, "See the difference you can make," (Lihatlah perbezaan yang anda boleh lakukan) iklan radio rasmi berakhir dengan, "Dark city, bright idea." (Bandar raya yang gelap, idea yang cerah)


Banyak bangunan di Sydney juga mematikan lampu mereka pada tahun 2007.

Tel Aviv menjadwalkan Earth Hour mereka pada Khamis 27 Mac 2008 untuk menghindari krisis dengan Sabbath. Dublin memindahkan Earth Hour mereka ke antara pukul 9 dan 10 malam, karena lokasi geografinya di utara.

Penjimatan tenaga


Colosseum digelapkan untuk Earth Hour 2008

Menurut WWF Thailand, Bangkok mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 73.34 megawatt, dimana, satu jam, sama dengan 41.6 ton karbon dioksida. Bangkok Post memberikan perbezaan rajah 165 megawatt-jam dan 102 tan karbon dioksida. Ini telah berkurang dibanding kempen yang dibuat Majlis Bandar Bangkok pada tahun sebelumnya dalam Mei dimana 530 megawatt-jam telah dijimatkan dan 143 tan emisi karbon dioksida telah dipotong. Toronto menjimatkan 900 megawatt-jam penggunaan elektrik. 8.7% telah dijimatkan jika dibandingkan dengan malam Sabtu yang lain pada bulan Mac.ireland, keseluruhannya, telah mengalami pengurangan dalam penggunaan elektrik, menggunakan 1.5% pada acara tersebut.Dalam masa tiga jam antara 6:30 petang dan 9:30 malam, telah berlaku pengurangan 50 megawatt, menjimatkan 150 megawatt-jam, atau sekitar 6 ton karbon dioksida.


Golden Gate Bridge dan taman terbuka awam Marin Headlands dibelakang, sebelum (insert) dan semasa Earth Hour 2008

Di Dubai, dimana lampu luar dibeberapa bandar utama tanah besar telah dimatikan dan lampu jalan dikawasan terpilih telah dimalapkan sehingga 50%, Electricity and Water Authority melaporkan penjimatan 100 megawatt-jam penggunaan elektrik. Ini merupakan pengurangan 2.4% penggunaan elektrik dibandingkan jam sebelumnya.


Sky Tower di Auckland, New Zealand, menghentikan mandi cahaya semasa Earth Hour, dan meneruskan selepas itu.

Keputusan terbaik berasal dari Christchurch, New Zealand. Bandar ini melaporkan pengurangan 13% penggunaan elektrik. Bagaimanapun, Transpower melaporkan bahawa penggunaan tenaga New Zealand semasa Earth Hour adalah 335 megawatt, lebih tinggi dari purata 328 megawatt dua Sabtu sebelumnya. Melbourne, Australia telah menjimatkan 10.1% penggunaan elektrik. Sydney, bandar yang menganggotai Earth Hour 2007 dan 2008, menjimatkan 8.4% bekalan elektrik. Walaupun lebih rendah daripada 10.2% tahun sebelumnya, Pengarah eksekutif Earth Hour Andy Ridley membuat keputusan bahawa bandar anggota ini sama seperti tahun sebelumnya dengan pengiraan ruang kesalahan.

Keputusan terburuk dari Calgary, Canada. Penggunaan tenaga di bandar tersebut meningkat 3.6% semasa penggunaan elektrik waktu tersebut. Bagaimanapun, di Calgary, cuaca memainkan peranan penting dalam penggunaan tenaga, bandar ini mengalami cuaca 12 °C lebih sejuk dari Sabtu sebelumnya.

Sambutan seluruh dunia

  • Di Sydney, Australia, akhir Earth Hour disambut dengan pertunjukan bunga api.
  • Istana kerajaan Danish, Amalienborg Palace dan Gråsten Palace, digelapkan atas arahan Ratu.
  • Nelly Furtado mengadakan konsert bebas di Nathan Philips Square di Downtown Toronto untuk meraikan Earth Hour.
  • Di Toronto, Ontario, Environmental Outreach Team dari mahasiswa Universitas York menjalankan sesi maklumat Earth Hour pada keesokan, dan York University Observatory mengadakan sesi pertunjukan tambahan.
  • Aktiviti melihat bintang diadakan di Toronto Ontario Science Centre dan Richmond Hill's David Dunlap Observatory.
  • Astronomy Ireland menggunakan teleskop berkuasa tinggi di Phoenix Park Dublin untuk membolehkan orang ramai melihat langit pada waktu malam, yang biasanya cerah pada waktu malam.
  • Di Tel Aviv, Israel, sebuah konsert terbuka oleh Knesiyat Hasekhel diadakan di Rabin Square. Tenaga yang digunakan untuk konsert ini telah dijanakan oleh sekumpulan pengayuh yang menggerakkan pedal jana kuasa. Keseluruhan tenaga dibekalkan oleh jana kuasa pembakaran menggunakan minyak falafel.
  • Di Atlanta, CEO WWF US, Carter Roberts dan Datuk Bandar Atlanta, Shirley Franklin secara simbolik menekan suis raksasa yang disiarkan secara langsung di televisyen yang memulai gelombang pemadaman lampu di bangunan di bandar itu.
  • Di San Francisco, satu acara umum yang diadakan oleh WWF telah dihadiri oleh Datuk Bandar Gavin Newsom, pemain skateboard sekaligus meraih pingat emas Brian Boitano, Grateful Dead drummer Mickey Hart dan artis lain. Mereka berkumpul untuk menyaksikan lampu dipadamkan, mendengar muzik dari Jason Damato.

Google


Paparan web halaman utama Google Canada yang 'digelapkan' pada 29 Mac 2008.

Earth Hour juga menerima publisiti bebas dari perusahaan Google. Mulai 12:00 tengahari 29 Mac 2008 hingga akhir Earth Hour, halaman utama Google di Amerika Serikat, Colombia, Canada, Denmark, Ireland dan UK menggunakan latar belakang hitam. Slogan mereka adalah, "We've turned the lights out. Now it's your turn - Earth Hour." Satu salahfaham popular bahawa latar belakang hitam dalam paparan web mengurangkan penggunaan tenaga pada monitor; monitor LCD menggunakan jumlah tenaga yang konstan tidak penting apa warna halaman webnya. Ini bukan mengenai monitor LED Organik, meskipun tidak digunakan secara meluas.

Saluran TV

  • The Weather Network Kanada memindahkan studionya ke luar antara 8 dan 9 malam EDT untuk Earth Hour, hanya menggunakan lampu LED selama waktu itu.
  • The Agenda dengan Steve Paikin di TVOntario menjalankan programnya secara penuh hanya menggunakan cahaya lilin.
  • Earth Hour dilindungi secara luas di Amerika Syarikat dengan segmen di Oprah, NBC Nightly News, CBS Evening News, The Today Show, Good Morning America, CNN, CNN International, The Weather Channel dan sebagainya. Beberapa stesen TV di Amerika Syarikat membuat liputan secara langsung termasuk NBC di Atlanta yang menyiarkan Earth Hour selama satu jam selama acara tersebut.
  • ABS-CBN Studio di Quezon City memadamkan lampu mereka dan menghentikan penyiaran ketika wartawan TV Patrol Sabado & Linggo, Alex Santos sedang melaporkan.
  • 8TV Malaysia menghentikan penyiaran selama satu jam mulai 2030hr.

Earth Hour 2007

Earth Hour telah disambut di Sydney, Australia pada 7:30 malam, waktu tempatan.

Peserta 2007

Pentafsiran


Pemandangan Sydney ketika Earth Hour 2008

Acara ini ditafsirkan sebagai tokenisme, dan difokuskan kepada pengurangan pembebasan karbon, seterusnya mengurangkan kos elektrik secara keseluruhan, dan persoalan yang meragukan oleh kelompok media yang menyumbang. Perlu diketahui bahawa Earth Hour adalah sama dengan Earth Day Energy Fast, sejak 1991 hingga 2007 yang mana tidak menggunakan tenaga buatan setiap Earth Day. Earth Day Energy Fast ditutup tahun 2008 sejak pengasas kempennya menyatakan "sudah terlambat" agar kempennya ini memperoleh kesan yang bererti.

Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk perubahan Iklim di Bali menjadi jelas apabila menandatangani Protokol Kyoto bersetuju bahawa pengurangan kesan rumah hijau dari 25 hingga 40% boleh dilakukan pada 2020 untuk mengurangkan kesan pemanasan global yang menyebabkan peningkatan air laut dan beberapa masalah yang lain. Dalam konteks tersebut Earth Hour berada pada tokenisme terburuk atau pada masa terbaiknya menyedarkan manusia untuk maju ke hadapan seperti menggunakan tenaga hijau dari sumber seperti tenaga angin, tenaga suria, atau tenaga nuklear, dan tidak menggunakan elektrik yang sumbernya dari pembakaran bahan bakar fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum.

Pengiraan penggunaan elektrik

Menurut jumlah yang dinyatakan EnergyAustralia, sebuah lembaga tempatan, penggunaan elektrik utama untuk acara 2007 di Sydney adalah 2% lebih rendah selama Earth Hour daripada kiraan pada waktu itu, syarat cuaca dan empat tahun yang lepas terus berubah. Herald Sun menyamakan dengan "pembuangan 48,613 kereta di jalan raya selama 1 jam." Pengkritik, terutamanya penulis kolom Andrew Bolt, melabelkan sebagai "Pemotongan yang sangat sedikit ini dipertanyakan - sama dengan pembuangan enam kereta dari jalan raya selama setahun".Secara konteks, enam kereta sama dengan membuang enam kereta dari jalan raya pada waktu tertentu di siang atau malam hari. Dalam menangani kritikan ini, penyelenggara Earth Hour menegaskan bahawa "Bila pengurangan gas rumah hijau yang dicapai di CBD Sydney semasa Earth Hour dipertahankan selama satu tahun, maka jumlahnya sama dengan membuangkan 48.616 sereta dari jalan raya selama setahun." dan mereka juga menyatakan bahawa tujuan utama Earth Hour adalah menimbulkan kesedaran terhadap masalah perubahan iklim dan "mengaspirasikan bahawa aksi setiap orang dalam skala besar dapat membantu mengubah planet ini menjadi lebih baik."dan bukan mengenai pengurangan tenaga secara spesifik yang dibuat selama jam itu yang diberikan.

Angka 10.2% telah menentang dalam kajian menyeluruh oleh David Solomon, seorang mahasiswa dalam bidang kewangan di Universiti Chicago. Solomon menggunakan data penggunaan elektrik selama lapan tahun untuk membuat kesimpulan bahawa penurunan dari inspirasi Earth Hour adalah 6.33%, dan selepas faktor potensi lain dimasukkan ke dalam akaun, 2.10%, "secara statistik tak terlepaskan dari sifar." Sesetengah kawasan di Hemisfera Utara, telah berlaku twilight pada 8 p.m., membuang beberapa kelebihan acara ini.

David Solomon mengatakan bahawa Earth Hour 2007 memotong penggunaan elektrik utama Sydney hingga 2.1%. Earth Hour 2008 diadakan secara antarabangsa pada tanggal 29 Mac 2008 mulai pukul 8 malam hingga 9 malam waktu tempatan, menjadikan perayaan pertama acara ini dengan beberapa bandar utama dan orang-orang di seluruh dunia yang menyambut.

Liputan Fairfax

Media Watch, sebuah pertunjukan televisyen yang mengikuti media, melaporkan mendakwa bahawa The Sydney Morning Herald dan The Age telah menyalahgunakan kuasa dan memanipulasi gambar acara ini. Program ini menunjukkan gambar Before and After yang disiarkan melalui akhbar dan menyatakan bahawa gambar ini mungkin di manipulasi melalui liputan yang berlebih-lebih.

Jurnal akhbar Age di Melbourne mendakwa mereka telah dipaksa menulis berita yang negatif berkaitan Earth Hour kerana perjanjian saham syarikat. Pada 10 April, satu kenyataan dari Jurnal mendakwa bahawa "Wartawan dipaksa menulis berita tidak benar dan topik negatif setelah jadual di drafkan oleh organisasi Earth Hour".

Kos tambahan

Bandar Phoenix membelanjakan $3,000 untuk mematikan lampu selama satu jam semasa Earth Hour 2008.